Jun 10, 2011

Cantik memang dambaan setiap insan wanita namun jika diteliti dengan pemikiran yang terbuka, kecantikan memiliki makna yang begitu luas. Kecantikan tidak hanya dilihat dari luaran sahaja sebaliknya dalam. Kecantikan haruslah dilihat dari rasa percaya diri, keunikan pribadi, dan tidak terpaku pada dimensi visual yang dapat dilihat mata. Kemudian, keperibadian yang menarik akan membuatkan seseorang wanita nampak cantik dan menarik. Dan kecantikan akan terpancar dari karakter, perilaku dan pengetahuan.
Jika ditanya apakah seorang wanita ingin selalu nampak cantik? Tentulah tak seorangpun akan menjawab, tidak! Tampil anggun dan menawan adalah harapan setiap wanita. Banyak wanita yang rela melakukan apa saja agar dapat nampak cantik dan menawan sepanjang masa. Hal ini wajar dilihat bagi wanita usia muda, mahupun yang sudah berumur. Merawat tubuh adalah menjadi tugas utama dalam rangka mempercantik diri. jadi kita akan bercakap tentang perawatan tubuh, seperti perawatan rambut dan wajah, tentu akan erat kaitannya kita dengan salon kecantikan.